Sunday 4 August 2013

Salam Aidilfitri "Maaf Zahir Batin"


"Kullu 'Am Wa Antum Bikhair"

Assalamua'laikum.. 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri" 
Dari kami warga kerja bahagian Editorial Pustaka Cahaya Kasturi, Media Pustaka Cahaya Kasturi, dan Staf Miftahul Hukama' Enterprise. 

   Semoga perjalanan Ramadhan kita pada tahun ini (2013) beroleh barakah dan keampunan dari yang Maha Esa. Penyusun dan pengatur setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita. Dengan doa dan usaha yang kita gandakan dalam mengejar keredhaan-Nya, semoga kehadiran Aidilfitri ini membuahkan kebahagiaan buat kita semua.

   Sedikit perkongsian dari seorang Guru, "Menurut Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: [Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan.] Ibn Qutaibah menyatakan bahawa [Tidaklah seseorang dinamakan hakim (bijaksana) sehingga disekalikan antara ilmu dan amalan.] Hikmah juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat yang kadang-kadang di luar jangkauan batasan akal manusia."

Mudah-mudahan madrasah Ramadhan ini dapat kita teruskan dengan amalan puasa sunat pada hari-hari mendatang, agar kita beroleh Hikmah-Nya yang beserta Keredhaan-Nya.

No comments:

Post a Comment