Tuesday 2 July 2013

Kenali Guru dan Penulis.

Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Pengarah dan Musyrif Lajnah Penyusunan Dan Tashih

    Kelahiran dari Negeri Terengganu Darul Iman dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin Ladang dan (SMAASZA) Batu Buruk dalam aliran Thanawi. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

    Kemudian, di peringkat Sarjana (Master) melanjutkan pelajaran di Universiti al-Ulum al-Islamiah Wa al-Arabiah di bawah penyelia Prof. Dr. Mustafa Khin. Seterusnya, menyambung pelajaran di USM peringkat Doktor Falsafah (Ph.D)juga dalam bidang Syariah, pengkhususan fatwa.

    Sempat berguru dan bertalaqqi dengan ramai tokoh semasa belajar sama ada di Madinah atau Syam antaranya: Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi): 1989-1993. Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah,Damsyik Syiria): 1994-1997. Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti, (Anggota Ulama' Besar Arab Saudi). Syeikh Sadiq Habannakah (Ulama' Besar Syam) 1994-1997. Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh al-Farfur (Ahli Majlis Majma' al-Fiqh, Rabitah al-'Alami al-Islami) 1994-1997.

     Antara jawatan yang di sandang ialah AJK Fatwa Negeri Sembilan (200-2010), AJK Fatwa Negeri Terengganu sejak 2005, Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM), Karyawan Tamu INFAD (USIM), Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia sejak April 2011 dan lain-lain.


    Banyak menghasilkan karya sama ada dengan penulisan, dengan penterjemahan antaranya Syarah Kitab Hikam, A-Z Tasawuf, Hadith Modal Insan, Irsyadal-Qari dan lain-lain.

    Sementara terjemahannya pula seperti al-Fiqh al-Manhaji, al-Halal wa al-Haram, al-Idhah dan lain-lain.

    Begitu juga amat aktif dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat Kebangsaan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment