Monday 23 December 2013

Kewajipan Istiqamah

Daripada Abi Amrah Sufyan bin Abdillah RA katanya: Aku Bertranya:

Maksudnya: "Hai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu. Sabdanya: katakanlah aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah".

Riwayat Muslim, al-Baihaqi.

Antara pedoman hadis dan iktibarnya, 
 * Syeikh Uthaimin dalam syarahnya "Riyadh al-Salihin berkata: Istiqamah ialah seseorang itu thabit mengikut syariat Allah SWT sebagaimana suruhan Allah dan didahuluinya dengan Ikhlas kepada Allah SWT. Walaupun disuruh beristiqamah mengikut kadar kemampuan tetapi mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran.

* Hadis ini juga menggesa supaya segala kebaikan atau amalan termasuk pekerjaan dan perkhidmatan yang dilakukan hendaklah dalam istiqamah dengan menghindarkan segala sifat-sifat mazmumah seperti malas, putus asa, semangat yang seketika dan mudah luntur kerana ia boleh menafikan maksud dan matlamat istiqamah.

Sebahagian petikan daripada:
Hadis 1 dari kitab Lu' Lu' Lil Mukminin.

No comments:

Post a Comment