Friday 19 July 2013

Forum Perdana SGBL 50


"Ramadhan Sebagai Wadah Pendidikan Bersepadu Membawa Kepada Kebahagiaan"



Program Forum yang di anjurkan pada 5 julai 2013 yang bertempat di surau Gedung Lalang 50 lewat jam 9 malam.

Sebahagian Masyarakat Setempat Yang Hadir

Suasana Pentas Dimana Tn Guru Bersama Ahli Panel Lain


Dalam ramai-ramai yang hadir Admin terlihat kehadiran seseorang yang amat penting dan amat disayangi Tn Guru Dr. Zulkifli Mohamad iaitu Ayahanda beliau juga turut bersama majlis ilmu anakandanya.

"Ya Allah berikanlah kesihatan pada Ayahanda Tn Guru kami panjangkan umurnya, berikanlah kesihatan yang baik baginya dan rahmatilah ia..Aminn"



Tuesday 2 July 2013

Kenali Guru dan Penulis.

Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Pengarah dan Musyrif Lajnah Penyusunan Dan Tashih

    Kelahiran dari Negeri Terengganu Darul Iman dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin Ladang dan (SMAASZA) Batu Buruk dalam aliran Thanawi. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

    Kemudian, di peringkat Sarjana (Master) melanjutkan pelajaran di Universiti al-Ulum al-Islamiah Wa al-Arabiah di bawah penyelia Prof. Dr. Mustafa Khin. Seterusnya, menyambung pelajaran di USM peringkat Doktor Falsafah (Ph.D)juga dalam bidang Syariah, pengkhususan fatwa.

    Sempat berguru dan bertalaqqi dengan ramai tokoh semasa belajar sama ada di Madinah atau Syam antaranya: Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi): 1989-1993. Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah,Damsyik Syiria): 1994-1997. Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti, (Anggota Ulama' Besar Arab Saudi). Syeikh Sadiq Habannakah (Ulama' Besar Syam) 1994-1997. Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh al-Farfur (Ahli Majlis Majma' al-Fiqh, Rabitah al-'Alami al-Islami) 1994-1997.

     Antara jawatan yang di sandang ialah AJK Fatwa Negeri Sembilan (200-2010), AJK Fatwa Negeri Terengganu sejak 2005, Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM), Karyawan Tamu INFAD (USIM), Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia sejak April 2011 dan lain-lain.


    Banyak menghasilkan karya sama ada dengan penulisan, dengan penterjemahan antaranya Syarah Kitab Hikam, A-Z Tasawuf, Hadith Modal Insan, Irsyadal-Qari dan lain-lain.

    Sementara terjemahannya pula seperti al-Fiqh al-Manhaji, al-Halal wa al-Haram, al-Idhah dan lain-lain.

    Begitu juga amat aktif dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat Kebangsaan dan lain-lain.

Pustaka Cahaya Kasturi

    Mengenali menerusi dari tulisan di Blog pula kali ini. Kini kita telah ada tiga saluran untuk mengenali antara Pustaka Cahaya Kasturi dengan Masyarakat amnya.
    Kami membuka ruang seluas-luasnya bagi yang berhajat untuk berurusan dengan kami. Diantara saluran yang ad adalah di  http://pustakacahayakasturi.com/,  https://www.facebook.com/PustakaCahayaKasturi?ref=hl dan kini di  http://pustakacahayakasturi.blogspot.com/.
    Kami amat berbesar hati agar tiga saluran ini akan memberi ruang bagi masyarakat untuk lebih mengenali kami dengan lebih dekat lagi.
 
    Sedikit pengenalan dari kami, dimana pejabat kami secara rasmi berada di
             
                No. 7248, Jalan BBN 1/2A,
                Putra Nilai, BandarBaru Nilai,
                71800 Nilai,
                Negeri Sembilan.
                Email : drzul.pck@gmail.com